Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Showing posts with label World News Today. Show all posts
Showing posts with label World News Today. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

2 terbunuh dalam letupan UPS kargo nahas kapal terbang di Alabama

Setiap penduduk sekitar kawasan berlaku kemalangan ada  mendengar ledakan kuat diikuti oleh letupan. Dua juruterbang meninggal dunia awal pagi rabu apabila pesawat kargo UPS terhempas berhampiran Lapangan Terbang Birmingham, , meletup kerana ia terbabas di lebuh raya, Menurut pihak berkuasa dan laporan media,  Datuk William Bell berkata anggota bomba Birmingham telah menjumpai mayat juruterbang dan pembantu juruterbang tersebut

Toni Herrera-bäst, seorang jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang Birmingham berkata, tidak ada rumah di kawasan itu.

Klik 2x untuk membesarkan gambar





Sumber:nydailynews.com

Monday, August 12, 2013

Antara selebriti yang mempunyai masalah anoreksia

Jika anda masih ingat, pada tahun 1983, Karen Carpenter, seorang daripada duo adik-beradik The Carpenters meninggal dunia pada usia 32 tahun kerana kegagalan jantung yang disebabkan oleh penyakit anoreksia nervosa. Tragedi tersebut mencetus kontroversi hebat tentang kecelaruan makan yang sebelum ini dipandang remeh oleh masyarakat.

Anoreksia Nervosa dan Bulemia Nervosa merupakan antara dua penyakit kecelaruan makan yang paling banyak dilaporkan di seluruh dunia. Namun bukan Karen sahaja selebriti yang mengalami masalah yang dianggap sebagai gangguan psikiatri dan kesihatan ini. Antara yang lain termasuk:

antara selebriti yang mempunyai masalah anoreksia


Christina Ricci 
Pada usia 16 tahun, bintang "Sleepy Hollow" ini dimasukkan ke hospital selepas disahkan mempunyai kecelaruan makan selepas tabiat menahan diri dari makan supaya tidak gemuk - sesuatu yang biasa berlaku di kalangan selebriti wanita Hollywood.Menurut Ricci, sukar sekali untuk dia pulih dari anoreksia dan dia mengambil masa yang lama untuk menerima dirinya seadanya.

Jessica Alba
Dia mungkin antara selebriti terseksi Hollywood, malah seringkali dipilih untuk memegang status tersebut oleh beberapa majalah wanita dan lelaki. Namun menurut Jessica Alba sendiri, dia pernah berjuang melawan kecelaruan makan yang diakibatkan rasa rendah dirinya.Ketika dia di era "Dark Angel", Alba banyak melakukan senaman dan menahan diri dari makan sehingga menyebabkan dia menderita anoreksia. Kini Alba lebih yakin dan tidak lagi risau tentang perubahan tubuhnya.

Katherine McPhee 
Bekas naib juara "American Idol" ini mendedahkan bahawa dia mengalami bulimia ketika berada di rancangan tersebut kerana rasa tidak yakin dengan dirinya sendiri. Jelas McPhee, "Saya seorang penyanyi tetapi saya mengalami masalah sedemikian. Ia turut memberi kesan buruk terhadap peti suara saya."Namun McPhee sedar masalah tersebut dengan segera dan mendapatkan rawatan sejurus selepas pertandingan tersebut. Namun McPhee mengakui bahawa dia masih belajar untuk menerima keadaannya, sekalipun adakalanya sukar.

 Jamie Lynn Sigler 
Ketika dia masih melakonkan watak Meadow dalam siri TV "The Sopranos", pelakon jelita Jamie Lynn Sigler mengakui bahawa dia tidak makan dan akan bersenam empat jam setiap hari supaya tidak gemuk - rutin yang menyebabkan dia menghidap anoreksia nervosa.Selepas menyedari bahawa hal tersebut membawa bahaya kepada dirinya, Sigler segera mendapatkan bantuan dan kini menjadi duta kepada Persatuan Kecelaruan Makanan Kebangsaan (NEDA).

Princess Diana
Dalam buku tulisan Andrew Morton, "Diana: Her True Story" (1992), dia mendedahkan bahawa Puteri Wales itu pernah mengalami bulimia sejak tahun 1981 selepas Diana melihat gambar pertunangannya dan merasakan beliau kelihatan gemuk dalam gambar tersebut. Untuk tampil cantik dalam gaun perkahwinannya, Diana menjadikan tabiat untuk memuntahkan semula makanannya.Selepas penerbitan buku tersebut , ramai yang jadi lebih selesa dalam mengakui masalah mereka dan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan. Peristiwa ini dikenali dalam sejarah sebagai "Efek Diana".

Ashlee Simpson
Dalam temuramahnya dengan majalah Cosmopolitan, Simpson mengakui bahawa dia pernah mengalami kecelaruan makanan ketika berusia 11 tahun dan masih berkecimpung dalam seni tarian balet. Dalam masa enam bulan, Simpson menahan diri dari makan dengan banyak sehingga beratnya turun sehingga 70 paun.Kalau bukan kerana ibu bapanya masuk campur dan menghentikan tabiat itu, Simpson pasti, dia akan mengalami masalah yang lebih besar.

Lady Gaga
"Kalau saya tak atasi bulimia, mungkin saya sudah kehilangan suara saya," itu yang Lady Gaga katakan dalam ucapannya di sebuah persidangan wanita di California. Lady Gaga, yang juga pernah menjadi seorang balerina, menjelaskan bahawa dia seringkali memuntahkan semula makanannya supaya dia boleh kelihatan seperti balerina sebenar.Tabiat pemakanan keluarganya dan makanan Itali yang seringkali dihidangkan tidak membantu, menyebabkan Gaga melakukan hal yang ekstrim tersebut.

Mary-Kate Olsen 
Dia pernah mengalami masalah ketagihan dadah dan dia juga pernah disahkan anoreksik oleh para doktor, dan Olsen menerima rawatan untuk kedua-dua masalah tersebut. Kecelaruan makanan yang bermula sejak zaman sekolah menengah lagi akhirnya menjadi lebih serius sehingga keluarganya terpaksa masuk campur dan membawanya bertemu pakar.Olsen menyalahkan media atas masalah psikiatrinya, kerana sentiasa mengkritik dia dan kembarnya Ashley dan mengikuti mereka ke mana saja sejak mereka masih kecil.

Calista Flockhart 
Bintang "Ally McBeal" ini mengakui bahawa dia pernah mengalami saat di mana dia lebih banyak bersenam dan kurang makan supaya tidak mengalami kegemukan ketika masih melakonkan watak peguam tersebut. Namun begitu, ketika ia masih berlaku, Flockhart sentiasa menafikan yang dia mengalami anoreksia.Akhirnya pada tahun 2002, Flockhart membuat pengakuan tersebut dan menjelaskan bahawa dia telah lama berjuang dengan isu imej tubuhnya.

Gerri Halliwel 
Dia memiliki antara imej tubuh yang sihat ketika berada dalam Spice Girls, tapi menurut Gerri (atau Ginger Spice), selepas kumpulan tersebut berpecah, tubuhnya menjadi lebih kurus sehingga ke tahap membimbangkan. Gerri mengakui bahawa dia tidak berjaya menyelesaikan kemurungannya akibat perpecahan mereka dan seringkali memuntahkan semula makanannya supaya kekal kurus. Mujur rakannya, Robbie Williams memaksa Gerri mendapatkan rawatan."Robbie faham masalah saya sebab dia juga pernah mengalami masalah untuk meneruskan kerjayanya selepas perpecahan Take That," ujar Gerri.

Sumber Yahoo News Today

Saturday, August 10, 2013

Pistol paling canggih didunia

Baru-baru ini Syarikat Armatix dari Jerman telah mengeluarkan sebuah senjata canggih berteknologi tinggi yang dapat mengenali penggunanya. Senjata ini berupa pistol atau handgun yang hanya akan aktif jika digunakan bersama sebuah jam tangan khas. 

Senjata ini mempunyai indikator yang akan memberikan informasi sama ada senjata itu sedang berada dalam keadaan aktif ataupun tidak. Indikator itu akan berwarna hijau jika aktif, dan merah jika tidak aktif.

Senjata ini di pamerkan di Sands Convention Center di Las Vegas dan dijual secara terbuka dan dengan harga 7000 euro atau RM 28700.

Klik 2x untuk besarkan





Menarik bukan?Klik LIKE dan SHARE

Saturday, July 27, 2013

136 penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi maut

Kaherah: Sekurang-kurangnya 136 penyokong bekas Presiden Mohammed Morsi maut ditembak anggota keselamatan Mesir semalam, dakwa Ikhwanul Muslimin. Jurucakapnya, Gehad El-Haddad berkata, tembakan mula kedengaran sejurus sebelum solat Subuh di kawasan penyokong Morsi melakukan bantahan. Mereka menembak bukan untuk mencederakan tetapi membunuh” Gehad El-Haddad, Jurucakap Ikhwanul Muslimin“Mereka menembak bukan untuk mencederakan tetapi membunuh,” dakwa Haddad yang percaya angka kematian mungkin lebih tinggi.Aktivis membawa mangsa kena tembakan ke pusat rawatan sementara. Ada yang diletak dalam pengusung atau ditarik dengan selimut.Seorang remaja dilihat terbaring dengan kesan tembakan di kepalanya. Televisyen Al Jazeera melaporkan, 120 terbunuh dan 4,500 lagi cedera.

Lepaskan gas pemedih mata

Haddad berkata, anggota polis melepaskan gas pemedih mata berulang kali selepas 3 pagi waktu tempatan ke arah penunjuk perasaan yang berada di sekitar Rabaa al-Adawia yang menjadi laluan utama ke Jambatan 6 Oktober.“Peluru menghujani penunjuk perasaan. Polis berpakaian seragam gelap melepaskan tembakan manakala penembak tepat menembak dari bangunan dan jambatan berdekatan, katanya lagi.



Menteri Dalam Negeri pilihan tentera, Mohamed Ibrahim berkata protes penyokong Morsi akan ditamatkan mengikut peraturan.Keganasan terburuk berlaku di kota kedua Mesir, Iskandariah selepas ada penyokong Ikhwan disekat keluar masjid oleh 'samseng.' Wartawan di Rabaa al-Adawia melaporkan, tembakan masih kedengaran beberapa jam selepas keganasan meletus.Pegawai yang mentadbir rumah mayat Ikhwan, Dr Ibtisam Zein berkata kebanyakan yang mati kena tembakan di kepala dan di celah mata.


Penunjuk perasaan bersurai
Ahli politik kanan Ikhwan, Saad el-Hosseini pula berkata anggota keselamatan mahu semua penunjuk perasaan bersurai.“Saya cuba meminta orang muda supaya bersurai selama lima jam tetapi gagal. “Penunjuk perasaan enggan berundur,” katanya lagi.Haddad menekankan, Ikhwanul Muslimin komited kepada usaha mencari keamanan meskipun ramai maut.Tindakan anggota keselamatan menembak penunjuk perasaan adalah yang kedua bulan ini menyebabkan ramai maut, kali pertama 8 Julai lalu menyebabkan 53 orang terbunuh.

Pihak berkuasa belum menjelaskan mengapa keganasan terbaru meletus sejak Morsi digulingkan dan akan dikenakan tuduhan jenayah termasuk membunuh. - REUTERS.com/

Friday, July 26, 2013

Gara-gara ingin tunjukkan tatu tetapi YB tertunjuk kemaluan di instagram


Stockholm: Seorang angota Parlimen Sweden secara tidak sengaja memuat naik gambar kemaluannya dalam Instagram ketika mahu menunjukkan tatu terbaru kepada pengikutnya di rangkaian media sosial itu.

Bekas pemimpin parti sayap kiri Sweden, Lars Ohly yang juga penyokong tegar kelab bola sepak Liverpool berhasrat memuat naik gambar tatu burung, lambang Liverpool di tepi betisnya. Tetapi dia tidak sedar ‘burungnya’ juga kelihatan ketika dia merakam gambar tatu itu.

Ohly, 56, segera memindahkan gambar itu, tetapi tidak dapat menyekat kebanjiran komen yang diterimanya di media sosial.
Lars Ohly

Lars Ohly Tatto

Menteri Luar Sweden, Carl Bildt daripada parti lawan berjenaka: “Tahniah, akhirnya selepas beberapa tahun, kamu berjaya.” Ohly yang tidak mahu memperbesarkan perkara itu berkata, dia akan lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar selepas ini. “Saya secara tidak sengaja memuat naik gambar di Instagram menunjukkan lebih daripada yang sepatutnya,” katanya. -

Tuesday, July 23, 2013

Sekumpulan perompak bodoh sempat membuat susu untuk bayi semasa merompak

JAKARTA: Tangisan bayi di rumah mangsa rompakan di Serpong, Tengerang Selatan sebulan yang lalu, ternyata berupaya melembutkan hati seorang daripada perompak itu, yang bertindak menyediakan susu dan menimang bayi itu sehingga dia tertidur kembali.

gambar sekadar hiasan

Kisah ini diceritakan sendiri oleh suspek perompak itu kepada wartawan tempatan pada satu pertemuan yang diaturkan Polis Metro Jaya ibu pejabat kontinjen Jakarta di sini pada Isnin (22 Julai). 
Suspek berinisial KM itu mengaku berasa kasihan dan hiba mendengar tangisan bayi itu kerana dia sendiri mempunyai anak dan sesuai dengan pengalamannya menguruskan bayi, dia bertindak membuat susu bagi menenangkan bayi yang sedang menangis itu, lapor portal berita Tribunnews.com. 

Dalam kejadian rompakan pada 22 Jun itu kira-kira jam 1 pagi, sekumpulan perompak memasuki sebuah rumah di Serpong dan mengikat tangan dan kaki sepasang suami isteri yang menghuni rumah itu, namun perbuatan mereka itu menyebabkan bayi pasangan berkenaan yang berusia empat bulan terbangun dan terus menangis.

Ketika rakan-rakannya yang lain panik mendengar tangisan bayi itu, KM sebaliknya berusaha menenangkannya.

"Saya cuba membuatnya tenang dan tidur kembali. Tapi, saya tahu pada masa itu bayi itu haus," kata KM. 

Tuesday, July 16, 2013

Dapatkan tips kulit cantik dengan SIPUT BABI

Tidak lagi perlukan barang2 kosmetik yang lain.Kalau anda yakin boleh buat, anda buatlah. Percaya atau tidak, lendir siput babi mampu membuatkan kulit wajah anda nampak mulus dan licin? Menurut Catlin Cottage dalam laman web mengenai krim siput babi, haiwan ini mempunyai serum yang kaya dengan anti oksida untuk membantu mencegah penuaan.

Teknik kulit cantik menggunakan siput babi


Selain itu, penggunaan krim siput juga mampu mengatasi kulit yang selalu terdedah kepada cahaya matahari.
Sebuah salon di Tokyo juga turut memperkenalkan terapi urutan siput babi dengan membiarkan beberapa siput babi berjalan di muka dan meninggalkan lendir-lendir yang mengandungi asidhyaluronik, gloikolik dan elastin.

Pengurus salon itu juga mendakwa siput babi juga membantu memberi kelembapan kepada kulit, mencegah keradangan dan membuang sel kulit mati. Selain itu, pelakon Hollywood terkenal, Katie Holmes juga pernah menggunakan krim yang diperbuat daripada lendir siput babi dan mendakwa krim tersebut mampu menghilangkan parut pada wajahnya.

Kalau anda berani lakukan, silalah buat :)

Sumber: Yahoo World News Today

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism