Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Showing posts with label artis malaysia. Show all posts
Showing posts with label artis malaysia. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Ayu OIAM nafi ada masalah rumahtangga

Penyanyi Nurayu Damit atau lebih dikenali dengan Ayu OIAM (One In A Million) menafikan cerita mengenai rumah tangganya bersama Syed Fauzi Syed Badaruddin, 24, kini dilanda masalah adalah tidak benar.Pelantun lagu "Hanya Di Mercu" yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga mengatakan dia masih bahagia bersama suami sekaligus menolak khabar angin kononnya mereka sudah tidak tinggal sebumbung.

"Saya bahagia dengan suami, malah saya tidak pernah mempunyai masalah keluarga ketika ini. Pada saya, cerita ini timbul mungkin kerana suami jarang menemani saya ke mana-mana acara. Jujurnya, suami saya memang tidak suka melibatkan diri dengan urusan kerjaya saya," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Utusan Malaysia. 

ayu OIAM nafi cerita masalah rumahtangga

Ayu yang turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Syed Fauzi iaitu Syed Nashrul Haikal dan Syarifah Alya Adriana memberitahu suaminya langsung tidak menghalang kerjayanya sebagai penyanyi dan kepercayaan yang diberikan itu tidak akan disia-siakannya.
"Suami memang tidak pernah halang saya meneruskan kerjaya sebab dia tahu ini kerjaya saya. Cuma sebagai isteri dan ibu, ada batas yang saya perlu akur," jelasnya lagi.

Monday, August 5, 2013

Gambar adik neelofa ameera

Pasti ramai antara kita ingin melihat gambar adik neelofa ameera yang boleh menjadi kegilaan ramai lelaki dan yang pasti kecantikan adik neelofa ameera sama dengan neelofa sendiri.Cuba anda nilaikan sendiri kecantikan adik neelofa ameera ini.Cantik bukan.Gambar yang di ambil dari google image.




Amacam puas hati x?Hehehehe

Wednesday, July 31, 2013

Gosip terkini Tiz Zaqyah 2013

Peminat yang sering mengikuti perkembangan kisah cinta pelakon Tiz Zaqyah pasti sudah mengetahui bahawa pelakon drama "Nur Kasih" itu sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Daniel Haziq.Tiz yang memang bersikap terbuka dan sering berkongsi gambar mereka dalam laman sosial Instagram nampaknya semakin berani memperkenalkan kekasihnya kepada umum apabila dilihat membawa Daniel dalam majlis sidang media drama terbaru lakonan Tiz, "Jodoh Itu Milik Kita".

tiz zaqyah sedang hangat bercinta?
Walaubagaimanapun, pelakon ini memberitahu bahawa kehadiran Daniel pada malam tersebut merupakan satu kebetulan."Saya ajak dia dan kebetulan dia kata nak ikut, jadi saya bawalah. Secara tak langsung ini juga sikit sebanyak pendedahan bagi dia tentang dunia kerjaya saya sebagai seorang selebriti. Tapi sebenarnya dia sangat okay. Dia lelaki paling relaks yang pernah saya kenal. Dari segi soal lakonan saya terutama kalau membabitkan babak romantik, dia okay. Ini kali kedua saya bawa di majlis sebegini," ujarnya kepada Malaysian Digest.

Ketika ditanya mengenai masa depan perhubungannya, Tiz mengaku mereka ada berbincang mengenai hala tuju hubungan mereka tetapi masih terlalu awal untuk melangkah ke fasa lebih jauh. Pasangan yang hampir setahun bercinta itu juga mengatakan keluarga turut merestui perhubungan itu."Alhamdulillah keluarga pun merestui hubungan kami. Ya, kami ada berbincang tapi tak ada apa-apa perancangan lagi. Kami ada sasaran tapi tak tahu lagi bila."

Incoming terms:
  • tiz zaqyah remy ishak
  • tiz zaqyah biodata
  • tiz zaqyah blog
  • tiz zaqyah facebook
  • tiz zaqyah wikipedia
  • tiz zaqyah seksi
  • tiz zaqyah bogel
  • tiz zaqyah wiki
Sumber:Yahoo NEWS

Nora danish tidak bersedia bercinta

Terkini 2013 Nora Danish baru-baru ini aktres cantik berstatus janda idaman ramai jejaka, Nora Danish dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan cinta dengan anak Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan, Mohamad Nedim Nazri Aziz selepas dilihat intim bersama menerusi gambar-gambar yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram.Walaubagaimanapun dipetik dari laporan The Star, Nora memberitahu mereka sudah mengenali antara satu sama lain lebih daripada tempoh enam tahun, tetapi tiada hubungan istimewa antara mereka.
Nora danish tidak bersedia bercinta
Aktres berusia 30 tahun ini memberitahu dia masih belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta buat masa sekarang tetapi mengakui Nedim mempunyai ciri-ciri lelaki yang diidamnya.Nora yang lebih bersikap hati-hati memberitahu dia kurang senang dengan khabar angin membabitkan diri dan 'hubungan cintanya'. 

Incoming terms:
  • nora danish wedding
  • nora danish facebook
  • nora danish cerai
  • nora danish dan anak
  • nora danish biodata
  • nora danish twitter
  • nora danish seksi
  • punggung nora danish
Sumber:yahoo news.

Ellly mazlein putus tunang ke?

Tindakan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang sebelum ini berdolak-dalik mengenai isu putus tunang membuatkan ramai pihak membuat andaian bahawa kisah pertunangannya memang sudah berakhir. Walaubagaimanapun, Elly Mazlein menafikan gosip tersebut dan berkata hubungannya dengan pengarah Azmi Hatta masih lagi berjalan lancar.

Menurut Elly, mereka belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya namun akan berkongsi berita gembira itu bila sampai masanya."Pada saya benda baik buat apa nak dirahsiakan. Memang saya akui dari dulu lagi saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi saya. Tapi sejak saya berkongsi mengenai berita pertunangan saya pada umum, ramai terkejut dan tentunya nak tahu bila kami akan bernikah, kan. InsyaAllah, bila tiba masanya nanti, saya akan khabarkan," kata Elly mazlein.
elly mazlein menafikan putus tunang

Sewaktu ditanya mengenai perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Februari 2012, penyanyi lagu "Bunga Bakawali" ini memberitahu masa dan kesibukan bekerja menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan pernikahan tersebut."Bila dah bertunang tentunya kami nak berkahwin. Tapi kami sibuk dengan jadual masing-masing. Selain tu, dalam semua hubungan pun ada pasang surutnya. Tak semestinya kalau kami ada masalah, terus nak berpisah. Alhamdulillah, meskipun timbul gosip sebegini (putus tunang), keluarga kedua-dua pihak dapat menerima dengan baik. 

Apa yang penting, mereka faham dan tahu tentang situasi kami. Dan saya pun sebenarnya tak kisah nak jawab spekulasi ini."Elly Mazlein dan Azmi Hatta yang berkenalan sejak 2009 telah melangsungkan pertunangan pada 29 Mei 2011 bertempat di Dewan Berjaya Bukit Kiara Equestrian Resort.Apa-apa pun untuk tahun 2013 kita mengharapkan yang terbaik untuk elly mazlein.Admin doakan semoga elly mazlein cepat melangsungkan perkahwinan.

Sumber:yahoo news.

Saturday, July 20, 2013

(Video)50 artis lelaki paling handsome dan cute di malaysia

Dafi antara artis lelaki paling handsome
dan cute di malaysia 

Top 50 Artis Lelaki Malaysia Paling Macho Cute.Mungkinkah antara artis lelaki anda terpilih menjadi antara golongan yang handsome, macho dan cute..Jom kita saksikan video dibawah ini:



Jika suka video ini anda boleh Share dan Like post ini ya..

(Video)Hubungan Fida ibrahim dan zalif sidek sudah tamat?

fida ibrahim dan zalif sidek 
Penyanyi dan pelakon Fida Ibrahim mengakui hubungannya dengan Zalif Sidek sudah pun berakhir sejak dua bulan lalu dan mereka tidak lagi berhubung.Jelas Fida yang popular dengaagu "Apo Kono Eh Jang" ini, dia membuat keputusan untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu disalah anggap sebagai pihak ketiga selepas seorang wanita mendakwa sebagai kekasih aktor itu.

"Nak cakap kami bercinta pun sebenarnya tidak. Kami rapat pun hanya tiga bulan. Pada mulanya hubungan itu berjalan lancar tetapi apabila ada perkara-perkara yang tidak diingin berlaku, saya enggan mengeruhkan lagi keadaan.

Sebelum tu jom layan lagu Fida Ibrahim

 

Sumber:Yahoo Malaysia News Today

Ashraf Muslim mengaku sudah bernikah dengan Wan Sakinah

Pelakon dan pengamal perubatan Islam, Ashraf Muslim mengaku sudah bernikah kali kedua dengan wanita yang digosipkan dengannya iaitu Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, di Thailand, Ahad lalu. kepada Mahkamah Tinggi Syariah hari ini. 

Wan Sakinah 
Dipetik dari mStar, berikutan pengakuan yang dibuat di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini, Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab membenarkan pelakon berusia 32 tahun itu menarik balik permohonannya untuk berpoligami sebelum ini. Sebelum ini Ashraf telah menafikan hubungannya dengan wanita tersebut selepas khabar angin tentang hubungan mereka hangat diperkatakan.


Thursday, July 18, 2013

Zain Saidin dan Rozita Che Wan dalam masterchef beraya bersama keluarga

Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang popular dalam program realiti Masterchef memberitahu bahawa dia merancang untuk menyambut Aidilfitri tahun ini bersama keluarga Rozita di Alor Setar, Kedah."Saya belum berkesempatan lagi untuk bertemu keluarga Che Ta di sana, namun begitu jika tiada aral melintang saya akan datang pada minggu pertama hari raya nanti," katanya yang dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.Rozita yang mesra disapa Che Ta akan mengambil cuti selama empat hari sempena raya memilih baju raya warna Tiffany Blue tidak merancang untuk berpakaian warna sedondon dengan kekasihnya. Kata Che Ta, dia akan menunggu sehingga mereka berkahwin dahulu untuk pakaian rona sama.

Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Ketika ditanya Zain mengenai perancangan warna tema dan konsep kahwin untuk majlis yang akan berlangsung hujung tahun ini, pelakon kacak ini memberitahu dia mahukan perkahwinan berkonsepkan taman ala Inggeris (outdoor) serta biru dan putih menjadi pilihan untuk warna tema. Dia begitu menyukai tema perkahwinan dalam taman kerana unik dan sempoi namun tetap menunggu dan mengikut keputusan daripada pihak perempuan kerana mereka yang akan menguruskan segala persiapan nanti.

Berhubung dengan tarikh perkahwinan, Zain mengatakan masih belum tiba masa untuk memberitahu peminat dan masih lagi mencari tarikh sesuai kerana banyak perancangan yang belum terlaksana."Sebenarnya, kami masih lagi mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan ini, tetapi masih belum boleh diperjelaskan dan dipersetujui lagi kerana banyak perkara yang belum diselesaikan lagi dengan persiapan perkahwinan dan sebagainya. Insyaallah saya akan berkahwin pada tahun ini dan jangan risau saya akan memberitahu tarikh itu kemudian."

Marilah kita berdoa agar Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang popular dalam program realiti Masterchef ini cepat-cepat melangsungkan pernikahan..amin..

Sumber: yahoo malaysia news today

Iqram Dinzly terkejut dengan pertunangan Fouziah Gous

Iqram dinzly atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 32, memberitahu dia hanya mengetahui berita tersebut menerusi laporan media sebelum diberitahu kira-kira dua minggu sebelum majlis berlangsung. Malah, Iqram juga tidak tahu Fouziah mempunyai kekasih selama ini.

 iqram dinzly dan fauziah gous

"Saya ralat melihat cara dia (Fouziah) seperti tergesa-gesa untuk bertunang. Benda-benda penting macam ini dia tidak beritahu pun lebih awal kepada saya. Orang tahu macam mana keakraban perhubungan kami, tetapi saya hanya diberitahu dua minggu sebelum majlis. Itu pun saya dapat tahu lebih awal selepas membaca laporan di majalah. Sebenarnya saya tidak mahu komen panjang tentang hal ini kerana apa yang dah berlaku terlalu merumitkan. Jadi lebih baik saya berdiam," katanya menerusi mStar.

Dalam ruangan Harian Metro hari ini juga dikatakan Iqram Dinzly kecewa dan semakin kurus selepas Fouziah menjadi tunangan orang namun Iqram menafikan perkara tersebut dan menjelaskan perubahan itu berlaku kerana dia kesibukan kerja dan penat berlakon.

Sumber:yahoo malaysia news today

Monday, July 15, 2013

Betty Banafe bakal menimang cahaya mata yang pertama

Syukur alhamdulillah pelakon terkenal iaitu  Betty Banafe dan suaminya, Bruce Dargus bakal menimang cahaya mata pertama mereka tidak lama lagi apabila aktres ini memberitahu dirinya sedang hamil empat bulan.Bertambah-tambah rezeki mereka selepas ini dan mesti comel seperti Betty.

Betty Benafe bakal menimang cahaya mata

"Saya sangat teruja menanti kehadiran anak pertama kami. Saya tak kisah jantina anak kami. Tapi saya berharap sekurang-kurangnya kami ada sepasang. Tak kisah mana satu yang dapat dulu," katanya seperti dipetik dari Sinar Harian.

Tambah Betty lagi, suaminya sangat menjaganya selepas mengetahui dirinya sedang hamil.
Aktres berusia 33 tahun ini berkata, dia tidak muntah atau mengidam sesuatu buat masa ini.

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism