Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

2 terbunuh dalam letupan UPS kargo nahas kapal terbang di Alabama

Setiap penduduk sekitar kawasan berlaku kemalangan ada  mendengar ledakan kuat diikuti oleh letupan. Dua juruterbang meninggal dunia awal pagi rabu apabila pesawat kargo UPS terhempas berhampiran Lapangan Terbang Birmingham, , meletup kerana ia terbabas di lebuh raya, Menurut pihak berkuasa dan laporan media,  Datuk William Bell berkata anggota bomba Birmingham telah menjumpai mayat juruterbang dan pembantu juruterbang tersebut

Toni Herrera-bäst, seorang jurucakap pihak berkuasa lapangan terbang Birmingham berkata, tidak ada rumah di kawasan itu.

Klik 2x untuk membesarkan gambar





Sumber:nydailynews.com

Ambik nak belasah sangat dah kene buru dengan polis

GEORGETOWN: Polis sedang mengesan seorang penjawat awam yang dilihat melalui rakaman CCTV membelasah isterinya di dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam dekat sini, Isnin lalu.Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC Mazlan Kesah berkata suspek berusia 36 tahun dan bekerja di Jerantut, Pahang itu menghilangkan diri dan didapati tidak hadir di tempat kerjanya selepas kejadian jam 4 petang itu.
Lelaki belasah isteri kini diburu polis

"Pasangan suami isteri yang berasal dari Pulau Pinang sebelum itu melawat anak sulung mereka yang menerima rawatan di hospital dan motif kejadian dikatakan berpunca daripada masalah keluarga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Rakaman kamera litar tertutup yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.Beliau berkata susulan kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami kecederaan pada pergelangan tangan, kepala dan muka sedang menerima rawatan di sebuah hospital di sini.Mazlan turut menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan polis tidak menjalankan siasatan terhadap kes itu selepas mangsa membuat laporan pada hari yang sama kejadian itu berlaku.

"Kami memandang serius kes seumpama ini dan telah memproses IPO (perintah perlindungan sementara) untuk mengasingkan wanita itu daripada suaminya," katanya. Beliau meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek supaya menghubungi balai polis berdekatan. - Bernam

Surau jadi tokong diroboh

Langkah diambil bagi elak penghinaan ke atas Islam

Johor Bahru: Surau di Tanjung Sutera Resort Sedili Besar, Kota Tinggi, yang diguna untuk upacara keagamaan penganut Buddha dijangka diroboh selepas siasatan mengenai kes itu selesai. Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut, berkata keputusan mengenai nasib bangunan yang dipercayai dibina dengan kos lebih RM60,000 itu akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor dalam tempoh sebulan.

Ikuti berita penuh dalam BH hari ini atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ 
  • Pemilik resort direman 4 hari bantu siasatan kes benar penganut Buddha guna premis
  • Sultan Johor titah JAJ keluar pekeliling tentukan arah kiblat di pusat peranginan, hotel
Sumber: Bharian.com.my

Ayu OIAM nafi ada masalah rumahtangga

Penyanyi Nurayu Damit atau lebih dikenali dengan Ayu OIAM (One In A Million) menafikan cerita mengenai rumah tangganya bersama Syed Fauzi Syed Badaruddin, 24, kini dilanda masalah adalah tidak benar.Pelantun lagu "Hanya Di Mercu" yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga mengatakan dia masih bahagia bersama suami sekaligus menolak khabar angin kononnya mereka sudah tidak tinggal sebumbung.

"Saya bahagia dengan suami, malah saya tidak pernah mempunyai masalah keluarga ketika ini. Pada saya, cerita ini timbul mungkin kerana suami jarang menemani saya ke mana-mana acara. Jujurnya, suami saya memang tidak suka melibatkan diri dengan urusan kerjaya saya," ujarnya seperti dipetik daripada laporan Utusan Malaysia. 

ayu OIAM nafi cerita masalah rumahtangga

Ayu yang turut mempunyai dua orang anak hasil perkahwinannya dengan Syed Fauzi iaitu Syed Nashrul Haikal dan Syarifah Alya Adriana memberitahu suaminya langsung tidak menghalang kerjayanya sebagai penyanyi dan kepercayaan yang diberikan itu tidak akan disia-siakannya.
"Suami memang tidak pernah halang saya meneruskan kerjaya sebab dia tahu ini kerjaya saya. Cuma sebagai isteri dan ibu, ada batas yang saya perlu akur," jelasnya lagi.

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism