Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Showing posts with label ditahan. Show all posts
Showing posts with label ditahan. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

Enam ditahan, polis rampas bom dan peluru di Pulau Pinang






Polis rampas parang, bom di Pulau Pinang dalam Ops Cantas awal pagi ini. Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 25 Ogos, 2013.
Enam orang termasuk dua wanita ditahan dan polis merampas sebutir bom, sejumlah peluru dan sebilah pedang samurai selepas menyerbu sebuah rumah flat di Machang Bubuk di sini awal pagi ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata kesemua mereka berusia 21 hingga 48 tahun itu ditahan dalam Ops Cantas Khas pada pukul 1.30 pagi ini. 

"Berdasarkan maklumat dan intipan yang diperoleh, sepasukan pegawai dan anggota polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) menyerbu rumah berkenaan. Terdapat empat lelaki dan dua wanita dalam rumah itu," katanya katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan dalam rumah itu, polis menemui sebutir bom, masing-masing 10 butir peluru berwarna perak bertulis NCCR .38 SPL dan berwarna kuning bertulis THAI ARMS .38 SPL serta sebilah parang samurai dengan ukiran naga.

"Dua lelaki yang ditahan dalam operasi itu memang dikehendaki polis manakala yang lain mempunyai beberapa rekod jenayah lampau," katanya sambil memberitahu polis akan menyiasat sama ada mereka adalah anggota kumpulan kongsi gelap.

Bernama difahamkan mereka yang ditahan itu merupakan anggota sindiket pengedaran dadah dan menjadikan rumah berkenaan sebagai tempat berkumpul serta menjalankan aktiviti haram kumpulan itu.
Sementara itu, polis akan mengambil keterangan enam lelaki yang cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru ketika sedang minum di sebuah gerai di Taman Kasawari, Simpang Ampat, di sini Sabtu malam.

Mazlan berkata polis juga akan mengambil keterangan pemilik kedai tempat kejadian itu.
Tiga daripada enam yang cedera itu telah dibenarkan keluar daripada Hospital Sungai Bakap, katanya.
Mazlan berkata siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif kejadian dan polis tidak menolak kemungkinan ia mempunyai kaitan dengan perniagaan.

Dalam kejadian pada pukul 10.45 malam itu, enam lelaki yang sedang minum di sebuah kedai cedera selepas terkena tembakan dan serpihan peluru yang dilepaskan dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal. - Bernama, 25 Ogos, 2013. - TMI

View the original article here

2 pelajar kita ditahan tentera Mesir

Kuala Lumpur: Dua penuntut perubatan Malaysia di Mesir dilaporkan ditahan pasukan keselamatan negara berkenaan selepas didapati melanggar arahan perintah berkurung, Selasa lalu.


Mereka yang sepatutnya dihantar pulang ke Malaysia pada hari berkenaan, gagal dihubungi selepas mendaftarkan diri di kedutaan besar Malaysia di Kaherah.


Kuasa Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia di Mesir, Shaiful Anuar Mohammad, ketika dihubungi BH berkata selepas diperiksa, kedua-dua penuntut yang berasal dari Sarawak dan Melaka itu didapati ditahan pasukan keselamatan di Helwan, Mesir.


Katanya, selepas ditahan, wakil pasukan keselamatan Mesir terus menghubungi pihak kedutaan bagi memaklumkan penahanan itu sebelum wakil kedutaan dihantar bagi membebaskan mereka.

“Kedua-dua mereka berada dalam keadaan baik dan pihak kedutaan sedang menguruskan proses bagi membebaskan mereka dari tahanan pasukan keselamatan.

Kena bayar denda

“Kami difahamkan pasukan keselamatan di sini (Mesir) menahan mereka selepas didapati melanggar waktu perintah berkurung yang dikuatkuasakan pemerintah sementara negara ini sejak pergolakan berlaku minggu lalu,” katanya.
BH difahamkan, pihak kedutaan mungkin terpaksa membayar denda bagi membebaskan dua penuntut itu yang masing-masing menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah dan Universiti Iskandariah.

Dalam perkembangan lain, Shaiful berkata hingga semalam, 588 pelajar Malaysia yang menuntut di universiti sekitar Kaherah dan Iskandariah sudah dihantar pulang.

“Kini pihak kedutaan sudah menutup pendaftaran bagi penghantaran pulang secara sukarela pelajar Malaysia yang berada di Kaherah dan Iskandariah dan memfokuskan proses penghantaran penuntut kita yang berada di daerah lain pula,” katanya.

Terpaksa catu makanan

Di Sepang, penuntut Malaysia yang baru tiba di sini, berkata rakan mereka yang masih berada di Mesir terpaksa mencatu dan menyimpan bekalan makanan kerana bimbang keselamatan terancam atau terkena peluru sesat jika keluar dari kediaman.

Penuntut Universiti Al-Azhar, Nur Hidayati Suwarso, 23, dari Kedah, berkata dia dan rakannya terpaksa menyimpan stok makanan kerana bimbang keselamatan terancam jika keluar membeli barangan keperluan harian di pasar atau kedai runcit berhampiran kediamannya.

“Kami terpaksa membeli stok makanan untuk seminggu sebagai langkah berjaga-jaga berikutan krisis yang berlaku di Mesir,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Nur Hidayati adalah antara 41 penuntut dari Mesir yang pulang ke tanah air semalam menaiki pesawat Etihad Airways dan Emirates, masing-masing pada jam 1.50 petang dan 3.10 petang.

Ketua Pegawai Eksekutif Medic Mesir, Siti Haniza Mohd Nazri, berkata 100 daripada 350 penuntut yang diurus agensi itu mendaftar untuk mengikuti pengajian dalam program asasi di universiti swasta di negara ini.- BHarian

View the original article here

Lari dari ditahan, langgar 15 kenderaan






Kenderaan dinaiki suspek sarat dengan hasil barangan samun berjaya dipintas polis di terowong Smart.
SERDANG – Dua individu yang dipercayai baru selesai memecah dan mencuri barangan dari  sebuah kereta di Bandar Kinrara 5 nekad melanggar hampir 15 kenderaan selepas dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, petang tadi.



Dalam aksi kejar mengejar selama sejam dari Bandar Kinrara hingga ke Kuala Lumpur itu, kedua-dua berusia lingkungan 20-an akhirnya berjaya diberkas selepas kereta dinaiki merempuh pembahagi jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, polis menerima panggilan orang awam berhubung kes pecah sebuah kereta jenis Perodua Myvi di kawasan komersil di Bandar Kinrara kira-kira jam 1.50 tengahari.

Bertindak atas maklumat awam, anggota URB dan cawangan polis peronda (MPV) IPD Serdang yang kebetulan meronda di kawasan sekitar bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, individu berkenaan yang menyedari kehadiran polis terus meluru masuk ke dalam kenderaan.

Kedua-duanya enggan keluar dan terus memecut kenderaan meskipun diarah memberhentikan kereta yang dinaiki.

Chien Fei berkata di lokasi itu sahaja, suspek melanggar tiga buah kenderaan dan terus memandu ke arah Lebuhraya Bukit Jalil.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan daripada MPV Kuala Lumpur.

“Suspek masuk ke Lebuhraya Seremban, melalui terowong Smart dan keluar ke  Jalan Tun Razak.

Anggota URB dan tiga buah kenderaan MPV terus mengejar kenderaan berkenaan dan berjaya dipintas di terowong smart dan berjaya diberkas selepas kereta  jenis Proton Preve yang dinaiki terbabas melanggar tembok pembahagi jalan,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau.

Kereta Proton Preve yang digunakan didapati baru dilaporkan hilang di Gombak 21 Ogos lalu.

Polis turut menemui parang, peralatan pecah kenderaan dan beberapa beg mengandungi barangan berharga serta set permainan golf yang dipercayai hasil kegiatan samun penjenayah terbabit sekitar Lembah Klang dan Melaka.

“Setakat ini jumlah kenderaan dilanggar suspek belum dapat dipastikan namun dipercayai ada 15 buah yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya. - SH

Tahniah buat pihak polis.

View the original article here

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism