Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Showing posts with label penculikan kanak kanak. Show all posts
Showing posts with label penculikan kanak kanak. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

Lagi kes kanak-kanak hilang di MERU

Kanak-kanak hilang di Taman Meru, Jelapang, Ipoh. 

Dear ALL, jika anda ada ternampak anak-anak ini, cepat-cepat call Polis atau nombor yang tertera di dalam gambar. Semoga anak-anak ini selamat pulang ke pangkuan keluarga. Sabarlah wahai ibu dan bapa anak ini, insyaAllah mereka akan dilindungi dari sebarang malapetaka. Hulurkan bantuan, walaupun kita tak kenal satu sama lain. Minta tolong share post ini. Bantuan dan kerjasama anda sangat diperlukan. Thank you

Klik 2x untuk besarkan.


Monday, August 12, 2013

Diculik serta dihiris tangan dan belakang badan.

Kuala Lumpur: “Daging jari kaki kanan saya dihiris setiap hari manakala tangan kanan dan belakang badan ditoreh dengan pisau apabila keluarga enggan memberikan wang kepada mereka,” kata pemuda hanya mahu dikenali sebagai Am, 23, yang menjadi mangsa culik kenalannya sendiri menceritakan pengalaman ngeri dialaminya ketika umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri.

Kesan dihiris oleh penculik

Am mendakwa diculik kira-kira jam 1 pagi Khamis lalu oleh sekumpulan lima penjenayah berusia 22 dan 31 tahun yang mahukan wang tebusan RM3,000 sebelum dikurung dalam beberapa rumah sekitar ibu negara termasuk di Jalan Pahang, di sini, dan diseksa sepanjang dijadikan tawanan. 
Penderitaan tiga hari Am berakhir apabila dia dapat diselamatkan sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Polis Setapak, di sini, diketuai Asisten Superintendan Shan Gopal kira-kira jam 9 malam kelmarin. 

Malah, kelima-lima suspek turut diberkas ketika urusan pertukaran antara mangsa dan wang tebusan dilakukan di sebuah restoran di Setapak selepas pihak berkuasa menerima laporan kejadian itu, Jumaat lalu.

Sumber:HMETRO

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism