Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Monday, February 6, 2012

Gempar Bayi Gigit Kepala Ular!!!

SEORANG kanak-kanak berusia setahun sebulan yang masih tidak mengenal erti takut mengunyah kepala seekor ular sepanjang 30 sentimeter yang masuk ke dalam rumahnya di bandar Israel Utara Arab, demikian dilaporkan akhbar AFP jumaat lalu.

Ibu kanak-kanak lelaki itu yang terkejut menjerit sekuat hati sehingga mengejutkan jiran-jiran apabila melihat anaknya, Imad Aleeyan, yang hanya mempunyai enam batang gigi, didapati mengunyah kepala ular itu.

"Saya sedang membuat susu dan ketika masuk ke bilik, saya melihat kepala ular dalam mulutnya," kata ibunya, Ghadir Aleeyan yang tinggal di bandar Shefa Amr, 15 km timur bandar pelabuhan Haifa.


Bapa Imad Menunjukkan Ular Yang Mati
"Kami bergegas ke rumah Ghadir dan mendapati kanak-kanak itu sedang mengunyah kepala ular di dalam mulutnya. Ia benar-benar dahsyat dan menakutkan," kata ibu saudara kanak-kanak itu, Yasmin Shahin.

Seorang jiran yang tergesa-gesa datang ke rumah itu segera menarik ular yang setengah mati itu daripada mulut kanak-kanak lelaki dan membunuhnya. Kepala ular itu kelihatan cedera teruk ketika ditarik keluar. Ketika ular itu ditarik keluar, kanak-kanak itu mula menangis," tambahnya lagi.

Mereka dengan serta-merta memeriksa kanak-kanak itu untuk melihat sama ada terdapat apa-apa tanda-tanda gigitan dan segera membawa kanak-kanak itu ke hospital Rambam di Haifa .

Doktor mengesahkan kanak-kanak itu tidak mengalami apa-apa kecederaan dan tidak terkena racun ular. Doktor itu menyatakan bahawa ular itu benar-benar beracun tetapi kanak-kanak itu bernasib baik kerana ular itu biasa melepaskan racun pada musim sejuk.

Seorang pakar amfibia dan reptilia, Dr Boas Shacham,memberitahu AFP bahawa daripada gambaran imej-imej ular itu, didapati ia adalah sejenis ular syiling dalam kategori (hemorrhois nummifer), spesies bukan-berbisa yang menyerupai viper .

Ular kebiasaanya akan membesar sehingga 1.3 meter panjang dan doktor itu menyatakan bahawa ular yang digigit kanak-kanak itu adalah spesimen yang "terlalu muda".
"Ia mungkin tidak menggigit kanak-kanak itu kerana cuaca sejuk," kata Shacham yang merupakan ketua koleksi herpetologi di Universiti Hebrew Baitulmuqaddis.

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

1 comments:

  1. Promosi Pakej Trading Forex Automatik dan Manual 2012

    Salam Sejahtera dan terima kasih kerana sudi membaca artikel yang ditulis dan dihantarkan oleh saya ini.
    Kini kami sedang membuat Promosi terhebat di tahun 2012 untuk Pakej Trading Forex Automatik dan Manual kami. Kini Trading Forex Anda Lebih Mudah, Dan pastinya newbie lebih mudah mempelajari dan memahami forex dengan Pakej Trading Forex Saya ini. pakej ini bukan sahaja mempunyai pelbagai panduan dan ebook, pakej ini juga di lengkapi dengan software sebagai tambahan untuk anda memudahkan lagi trading anda.

    Apa yang Disediakan?
    Kami menyediakan beberapa software sebagai tambahan@Extra ke dalam Pakej ini dalam memudahkan trading anda dengan System yang disediakan Iaitu
    WellFX Forex System Templates V2 dan juga WellFX Forex System Autotrader V2
    untuk mengetahui kelebihan kedua-dua software ini anda boleh melayari laman web yang tertera.

    Kini peluang anda cerah untuk mula jana pendapatan forex yang lumayan
    Maklumat Lanjut dan membuat tempahan Boleh Layari laman saya di http://www.wellfxsystem.com

    ReplyDelete

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism