Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Thursday, July 11, 2013

Bayi Ditikam Kerana Gigit Ibu Masa Menyusu

ASTAGHFIRULLAH,Bayi Ditikam Kerana Gigit Ibu Masa Menyusu

Jiangsu – Gara-gara menggigit ibunya ketika menyusu badan, seorang bayi berusia lapan bulan telah ditikam sebanyak 90 kali oleh wanita tersebut dengan menggunakan gunting. Ia menyebabkan Xiao Bao menerima 100 jahitan. Bayi malang itu menetap bersama ibu dan dua bapa saudaranya dan mereka menjalani kehidupan dengan mengutip sampah-sampah untuk tujuan kitar semula.

Kejadian itu disedari oleh salah seorang bapa saudaranya selepas melihat Xiao Bao dalam keadaan berlumuran darah, sebelum dikejarkan ke hospital.

Wanita berkenaan akhirnya mengaku bahawa dia menikam anaknya sendiri kerana bayi itu menggigitnya ketika sedang menyusu.

Laporan polis menyebut wanita itu tidak mengalami sebarang penyakit mental.

Dalam pada itu, jiran-jiran telah meminta supaya pihak berkuasa mengambil bayi berkenaan, agar kejadian sama tidak berulang.

Penyakit mental menjadi isu utama yang dibangkitkan di China dan satu analisis kesihatan yang dikeluarkan oleh empat wilayah di China pada 2009 yang disiarkan dalam jurnal perubatan The Lancet menganggarkan 91 peratus daripada 173 juta penduduk di China dipercayai mengalami masalah mental.

Namun mereka tidak pernah mendapatkan bantuan professional.

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism