Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Thursday, July 11, 2013

Dakwaan tidak benar mengenai Lana Nordin yang tidak berpuasa

Dakwaan terkini terhadap artis Lana Nordin yang dikatakan telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana bermain mahjong dan menghisap rokok pada hari pertama bulan Ramadhan di sebuah pusat siber di Bandar Puteri Semalam dinafi keras oleh selebriti itu.


“That Was not me! I was at home for the past 3 days sebab tak sihat. My mom and dad pun ada kat rumah. sebetulnya saya tidak berpuasa kerana demam. Takkan saya bodoh nak makan di tempat awam, saya tahu saya ini selebriti dan semua mata memandang.

“Kalau tengok gambar dari belakang yang kini bersepah di internet, itu boleh jadi sesiapa sahaja”

Menurut Lana lagi, jika mahu menuduh tunjukkan bukti ataupun laporan polis yang dibuat mengatakan selebriti di dalam gambar itu adalah dirinya.

“Saya tak kisah orang mahu label ataupun bergosip tentang diri saya sahaja tapi kalau dah melibatkan keluarga dan mengaibkan mereka saya memang marah.”

Dalam perkembangan lain, Lana Nordin tidak mengambil sebarang tawaran berlakon pada bulan puasa dan akan menyambut hari raya bersama keluarga di Sarawak dan ada perancangan untuk melawat kekasihnya.

“Dia tak datang sini untuk sambut raya bersama kami sekeluarga disebabkan dia kini sedang belajar dan jika tiada aral melintang selepas raya saya akan pergi ke Eropah untuk melawatnya.”

Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism