Tindakan pelakon dan penyanyi Elly Mazlein yang sebelum ini berdolak-dalik mengenai isu putus tunang membuatkan ramai pihak membuat andaian bahawa kisah pertunangannya memang sudah berakhir. Walaubagaimanapun, Elly Mazlein menafikan gosip tersebut dan berkata hubungannya dengan pengarah Azmi Hatta masih lagi berjalan lancar.
Menurut Elly, mereka belum mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya namun akan berkongsi berita gembira itu bila sampai masanya."Pada saya benda baik buat apa nak dirahsiakan. Memang saya akui dari dulu lagi saya memang tidak suka berkongsi hal peribadi saya. Tapi sejak saya berkongsi mengenai berita pertunangan saya pada umum, ramai terkejut dan tentunya nak tahu bila kami akan bernikah, kan. InsyaAllah, bila tiba masanya nanti, saya akan khabarkan," kata Elly mazlein.
elly mazlein menafikan putus tunang |
Sewaktu ditanya mengenai perkahwinan yang sepatutnya berlangsung pada Februari 2012, penyanyi lagu "Bunga Bakawali" ini memberitahu masa dan kesibukan bekerja menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan pernikahan tersebut."Bila dah bertunang tentunya kami nak berkahwin. Tapi kami sibuk dengan jadual masing-masing. Selain tu, dalam semua hubungan pun ada pasang surutnya. Tak semestinya kalau kami ada masalah, terus nak berpisah. Alhamdulillah, meskipun timbul gosip sebegini (putus tunang), keluarga kedua-dua pihak dapat menerima dengan baik.
Apa yang penting, mereka faham dan tahu tentang situasi kami. Dan saya pun sebenarnya tak kisah nak jawab spekulasi ini."Elly Mazlein dan Azmi Hatta yang berkenalan sejak 2009 telah melangsungkan pertunangan pada 29 Mei 2011 bertempat di Dewan Berjaya Bukit Kiara Equestrian Resort.Apa-apa pun untuk tahun 2013 kita mengharapkan yang terbaik untuk elly mazlein.Admin doakan semoga elly mazlein cepat melangsungkan perkahwinan.
Sumber:yahoo news.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
0 comments:
Post a Comment