Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Sunday, July 14, 2013

Pelakon Televisyen Termahal

Semakin ramai pelakon filem yang kini membintangi siri di televisyen. Steve Buscemi ("Boardwalk Empire"), Jennifer Love Hewitt ("The Client List", "Ghost Whisperer"), Zooey Deschanel ("New Girl"), Glenn Close ("Damages"), Patrick Wilson ("The Gifted Man") merupakan antara pelakon yang berhijrah dari layar perak ke kaca televisyen.Tapi anda salah jika anda sangka mereka yang suatu masa dahulu dibayar berpuluh juta untuk berlakon filem, mungkin boleh menguasai carta pelakon televisyen dengan bayaran termahal. Tidak. Kerana para veteran televisyen ini masih mengungguli kedudukan:

Tempat Pertama:Ashton Kutcher
Menjelang Jun 2013, Ashton Kutcher disahkan sebagai pelakon televisyen dengan bayaran termahal. Untuk menggantikan ruang yang ditinggalkan Charlie Sheen dalam "Two and A Half Men", Kutcher menerima bayaran sebanyak AS$24 juta (RM75.7 juta).

Ashton Kutcher


Tempat Ke-2:Hugh Laurie
Pelakon British yang suatu masa dahulu lebih sinonim dengan komedi, dibayar AS$18 juta (RM56.8 juta) untuk melakonkan watak doktor sarkastik, Gregory House dalam siri perubatan titular, "House", menjadikan dia pelakon lelaki kedua dengan bayaran termahal di Amerika.

Hugh Laurie

Tempat Ke-3:Ray Romano
Pelawak kesayangan ramai pula mungkin sudah lama meninggalkan sitkom popular "Everybody Loves Raymond", tapi dia tetap berjaya mengungguli tempat ketiga dengan bayaran kemunculan televisyen sebanyak AS$18 juta (RM56.8 juta).

Ray Romano


Tempat Ke-4:Alec Baldwin
Bekas pelakon utama kebanyakan filem era 80-an dan 90-an ini membuat kemunculan semula yang gah melalui watak Jack Donaghy dalam sitkom "30 Rock", sekaligus menempatkan dia di kedudukan keempat dengan pendapatan sebanyak AS$15 juta (RM47.3 juta).

Tempat Ke-5:Mark Harmon
Bintang "NCIS" ini bukan sahaja dihormati ramai kerana memiliki pengalaman paling banyak berlakon dalam siri televisyen, malah memiliki pendapatan sebanyak AS$15 juta (RM47.3 juta) untuk lakonannya dalam siri tersebut.

Tempat Ke-6:Eva Longoria 
Pelakon wanita termahal untuk siri televisyen jatuh kepada Gabrielle Solis dari "Desperate Housewives" ini. Bukan sahaja dia memenangi anugerah Pelakon Terbaik di Anugerah Golden Globe, Longoria juga muncul di tempat pertama sebagai pelakon TV dengan bayaran termahal, dengan pendapatan sebanyak AS$13 juta (RM41 juta).

Tempat Ke-7:Tina Fey
Tina Fey bukan sekadar seorang pelakon dan pelawak wanita, tapi dia juga seorang penerbit eksekutif, pencipta siri "30 Rock", penulis skrip dan lain-lain lagi. Semua usahanya itu membuahkan hasil lumayan sebanyak AS$13 juta (RM41 juta) setahun.

Tempat Ke-8:Mariska Hargitay
Anak kepada simbol seks Hollywood Jayne Mansfield ini memiliki jumlah pendapatan sebanyak AS$10 juta (RM31.5 juta) dari peranannya sebagai Detektif Olivia Benson dalam "Law & Order: Special Victims Unit".

Tempat Ke-9:Marcia Cross
Memegang peranan sebagai si 'perfectionist' Bree Van de Kamp dalam "Desperate Housewives", pelakon berambut merah dan bintang "Melrose Place", Marcia Cross menduduki tempat keempat sebagai pelakon wanita televisyen termahal di Amerika dengan pendapatan sebanyak AS$10 juta (RM31.5 juta).

Tempat Ke-10:Marg Helgenberger
Bekas ketua pasukan "CSI Las Vegas", Catherine Willows, atau nama sebenarnya Marg Helgenberger merupakan pelakon wanita kelima termahal di Amerika, dengan pendapatan sebanyak AS$10 juta (RM31.5 juta) yang dihasilkan daripada siri forensik tersebut.

Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism