Siapalah yang sanggup menyebarkan cerita kononnya Rozita Che Wan bersikap “queen control” terhadap Zain Saidin. Nampak sangat tak logiknya. Sekali pandang pun tau Che Ta ini seorang yang lemah lembut dan tak suka mengarah orang. Takkanlah Che Ta sanggup nak kongkong Zain yang merupakan bakal suaminya itu.
Berkata kepada Mstar Online, Che Ta dengan tegas menafikan perkara tersebut. Malah bakal pengantin baru ini sendiri pelik entah daripada mana timbulnya cerita sebegini. Kata Che Ta:-
Cerita berkenaan mengarut dan tiada asas malah kami sangat profesional dengan kerjaya kami. Tidak wujud istilah saya mengawal pergerakannya atau mengganggunya ketika dia sedang bekerja. Saya dan Zain sibuk dengan pelbagai perkara dan tidak mahu layan perkara-perkara remeh seperti ini
Mungkin ada orang yang cemburu melihat hubungan Che Ta dan Zain Saidin. Iyerlah, Zain kacak orangnya, Che Ta pun cantik menawan. Mesti ada yang geram kerana tidak mendapat salah seorang daripada mereka. Itu yang sanggup menyebarkan gosip murahan sebegini. Semoga ujian sebegini akan mengeratkan lagi hubungan Che Ta dan Zain. Diharap mereka berdua tabah. Biasalah bila nak kahwin memang macam-macam dugaan datang menjelma.Macam-macam berita terkini artis.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
0 comments:
Post a Comment