Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Sunday, July 21, 2013

[Video] Setiap wanita cantik mempunyai cara bersolek yang betul

Berikut akan diterangkan kesalahan biasa wanita cantik dalam bersolek.Ramai wanita dalam golongan usia 20-an tidak berani menukar produk solekan apabila mereka telah biasa dengan produk yang digunakan. Malah dalam satu kajian kecantikan di Amerika Syarikat membuktikan 30 peratus responden berkata mereka tidak mengubah apa-apa dalam rutin kecantikan mereka selama 10 tahun.

Cara bersolek dengan betul

Sedangkan kini sudah banyak cara solekan, warna gincu dan pembayang mata yang pelbagai dan terkini serta teknik solekan yang boleh tampak lebih muda. Masih ramai juga wanita tidak tahu teknik solekan untuk menutup lingkaran gelap bawah mata, pemilihan bedak asas mengikut warna dan jenis kulit, atau teknik penggunaan pembayang mata berkilau. Akhirnya, mereka memakai sahaja apa yang mereka biasa pakai.

Berikut adalah tiga kesalahan lazim wanita cantik ketika bersolek. Cuba lihat senarai di bawah.

Pemilihan bedak asas & kompak
  • Bedak asas bertujuan untuk menutup cela di muka dan menjadikan warna kulit kelihatan sama rata. Jadi, pemilihan dan cara pemakaiannya sangat penting. 
  • Sebelum anda memilih bedak asas, kenal pasti jenis kulit anda dahulu seperti warna kulit, jenis kulit sama ada berminyak, berjerawat atau normal dan yang paling penting, alergi anda kepada bahan produk. 
  • Bagi anda yang mempunyai kulit cerah, cari warna bedak asas yang lebih kurang sama dengan warna kulit anda. Elakkan memilih tona warna yang lebih cerah atau tona yang terlebih gelap. 
  • Bagi anda yang berkulit gelap pula, jangan sesekali memilih tona bedak asas yang lebih cerah daripada kulit anda. Bedak asas tidak membantu anda menjadi lebih cerah, malah membuatkan anda kelihatan seperti memakai tepung di muka. 

Cara memakainya pula adalah lebih baik untuk anda menyapu bedak asas menggunakan jari berbanding span muka. Haba daripada tangan anda akan membuatkan krim bedak asas senang larut dan sebati dengan kulit muka anda.

Pembayang mata berkilau 
  • Seperti zaman 1980-an, pembayang mata berkilau tetap menjadi kegemaran wanita. Silapnya, ia tidak seharusnya digunakan ketika waktu siang. 
  • Sia-sia sahaja anda bersolek kerana kilauannya akan lebih jelas berbanding warnanya. 
  • Sebaliknya, cuba gunakan warna-warna jenis matte pada waktu siang . Solekan anda akan nampak lebih semulajadi. 
Gincu merah
  • Sesetengah wanita berpendapat bahawa gincu merah membuatkan mereka tampak lebih berkeyakinan dan seksi. Namun berhati-hatilah apabila membuat padanan warna ketika bersolek. 
  • Jika anda ingin memakai gincu merah, elakkan pembayang mata berkilau atau warna terang. Solekan mata haruslah semulajadi. 
  • Ini akan membolehkan aura seksi tersebut tertumpu pada bibir anda sahaja. 
  • Jika anda berkulit gelap, pilih warna merah yang sedikit gelap. Ini kerana warna gincu itu nampak seakan-akan warna semulajadi bibir anda.
 Jom tengok Video Tutorial Bagaimana Wanita Cantik Mengenakan Solekan Pada Hari Raya Nanti.


Sumber:Yahoo News Today

Jika post menarik sila SHARE dan LIKE ya.




Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism