Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Thursday, July 18, 2013

Zain Saidin dan Rozita Che Wan dalam masterchef beraya bersama keluarga

Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang popular dalam program realiti Masterchef memberitahu bahawa dia merancang untuk menyambut Aidilfitri tahun ini bersama keluarga Rozita di Alor Setar, Kedah."Saya belum berkesempatan lagi untuk bertemu keluarga Che Ta di sana, namun begitu jika tiada aral melintang saya akan datang pada minggu pertama hari raya nanti," katanya yang dipetik dari sebuah portal hiburan tempatan.Rozita yang mesra disapa Che Ta akan mengambil cuti selama empat hari sempena raya memilih baju raya warna Tiffany Blue tidak merancang untuk berpakaian warna sedondon dengan kekasihnya. Kata Che Ta, dia akan menunggu sehingga mereka berkahwin dahulu untuk pakaian rona sama.

Zain Saidin dan Rozita Che Wan

Ketika ditanya Zain mengenai perancangan warna tema dan konsep kahwin untuk majlis yang akan berlangsung hujung tahun ini, pelakon kacak ini memberitahu dia mahukan perkahwinan berkonsepkan taman ala Inggeris (outdoor) serta biru dan putih menjadi pilihan untuk warna tema. Dia begitu menyukai tema perkahwinan dalam taman kerana unik dan sempoi namun tetap menunggu dan mengikut keputusan daripada pihak perempuan kerana mereka yang akan menguruskan segala persiapan nanti.

Berhubung dengan tarikh perkahwinan, Zain mengatakan masih belum tiba masa untuk memberitahu peminat dan masih lagi mencari tarikh sesuai kerana banyak perancangan yang belum terlaksana."Sebenarnya, kami masih lagi mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan majlis perkahwinan ini, tetapi masih belum boleh diperjelaskan dan dipersetujui lagi kerana banyak perkara yang belum diselesaikan lagi dengan persiapan perkahwinan dan sebagainya. Insyaallah saya akan berkahwin pada tahun ini dan jangan risau saya akan memberitahu tarikh itu kemudian."

Marilah kita berdoa agar Zain Saidin dan Rozita Che Wan yang popular dalam program realiti Masterchef ini cepat-cepat melangsungkan pernikahan..amin..

Sumber: yahoo malaysia news today

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism