Jika anda masih ingat, pada tahun 1983, Karen Carpenter, seorang daripada duo adik-beradik The Carpenters meninggal dunia pada usia 32 tahun kerana kegagalan jantung yang disebabkan oleh penyakit anoreksia nervosa. Tragedi tersebut mencetus kontroversi hebat tentang kecelaruan makan yang sebelum ini dipandang remeh oleh masyarakat.
Anoreksia Nervosa dan Bulemia Nervosa merupakan antara dua penyakit kecelaruan makan yang paling banyak dilaporkan di seluruh dunia. Namun bukan Karen sahaja selebriti yang mengalami masalah yang dianggap sebagai gangguan psikiatri dan kesihatan ini. Antara yang lain termasuk:
antara selebriti yang mempunyai masalah anoreksia |
Christina Ricci
Pada usia 16 tahun, bintang "Sleepy Hollow" ini dimasukkan ke hospital selepas disahkan mempunyai kecelaruan makan selepas tabiat menahan diri dari makan supaya tidak gemuk - sesuatu yang biasa berlaku di kalangan selebriti wanita Hollywood.Menurut Ricci, sukar sekali untuk dia pulih dari anoreksia dan dia mengambil masa yang lama untuk menerima dirinya seadanya.
Jessica Alba
Dia mungkin antara selebriti terseksi Hollywood, malah seringkali dipilih untuk memegang status tersebut oleh beberapa majalah wanita dan lelaki. Namun menurut Jessica Alba sendiri, dia pernah berjuang melawan kecelaruan makan yang diakibatkan rasa rendah dirinya.Ketika dia di era "Dark Angel", Alba banyak melakukan senaman dan menahan diri dari makan sehingga menyebabkan dia menderita anoreksia. Kini Alba lebih yakin dan tidak lagi risau tentang perubahan tubuhnya.
Katherine McPhee
Bekas naib juara "American Idol" ini mendedahkan bahawa dia mengalami bulimia ketika berada di rancangan tersebut kerana rasa tidak yakin dengan dirinya sendiri. Jelas McPhee, "Saya seorang penyanyi tetapi saya mengalami masalah sedemikian. Ia turut memberi kesan buruk terhadap peti suara saya."Namun McPhee sedar masalah tersebut dengan segera dan mendapatkan rawatan sejurus selepas pertandingan tersebut. Namun McPhee mengakui bahawa dia masih belajar untuk menerima keadaannya, sekalipun adakalanya sukar.
Jamie Lynn Sigler
Ketika dia masih melakonkan watak Meadow dalam siri TV "The Sopranos", pelakon jelita Jamie Lynn Sigler mengakui bahawa dia tidak makan dan akan bersenam empat jam setiap hari supaya tidak gemuk - rutin yang menyebabkan dia menghidap anoreksia nervosa.Selepas menyedari bahawa hal tersebut membawa bahaya kepada dirinya, Sigler segera mendapatkan bantuan dan kini menjadi duta kepada Persatuan Kecelaruan Makanan Kebangsaan (NEDA).
Princess Diana
Dalam buku tulisan Andrew Morton, "Diana: Her True Story" (1992), dia mendedahkan bahawa Puteri Wales itu pernah mengalami bulimia sejak tahun 1981 selepas Diana melihat gambar pertunangannya dan merasakan beliau kelihatan gemuk dalam gambar tersebut. Untuk tampil cantik dalam gaun perkahwinannya, Diana menjadikan tabiat untuk memuntahkan semula makanannya.Selepas penerbitan buku tersebut , ramai yang jadi lebih selesa dalam mengakui masalah mereka dan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan. Peristiwa ini dikenali dalam sejarah sebagai "Efek Diana".
Ashlee Simpson
Dalam temuramahnya dengan majalah Cosmopolitan, Simpson mengakui bahawa dia pernah mengalami kecelaruan makanan ketika berusia 11 tahun dan masih berkecimpung dalam seni tarian balet. Dalam masa enam bulan, Simpson menahan diri dari makan dengan banyak sehingga beratnya turun sehingga 70 paun.Kalau bukan kerana ibu bapanya masuk campur dan menghentikan tabiat itu, Simpson pasti, dia akan mengalami masalah yang lebih besar.
Lady Gaga
"Kalau saya tak atasi bulimia, mungkin saya sudah kehilangan suara saya," itu yang Lady Gaga katakan dalam ucapannya di sebuah persidangan wanita di California. Lady Gaga, yang juga pernah menjadi seorang balerina, menjelaskan bahawa dia seringkali memuntahkan semula makanannya supaya dia boleh kelihatan seperti balerina sebenar.Tabiat pemakanan keluarganya dan makanan Itali yang seringkali dihidangkan tidak membantu, menyebabkan Gaga melakukan hal yang ekstrim tersebut.
Mary-Kate Olsen
Dia pernah mengalami masalah ketagihan dadah dan dia juga pernah disahkan anoreksik oleh para doktor, dan Olsen menerima rawatan untuk kedua-dua masalah tersebut. Kecelaruan makanan yang bermula sejak zaman sekolah menengah lagi akhirnya menjadi lebih serius sehingga keluarganya terpaksa masuk campur dan membawanya bertemu pakar.Olsen menyalahkan media atas masalah psikiatrinya, kerana sentiasa mengkritik dia dan kembarnya Ashley dan mengikuti mereka ke mana saja sejak mereka masih kecil.
Calista Flockhart
Bintang "Ally McBeal" ini mengakui bahawa dia pernah mengalami saat di mana dia lebih banyak bersenam dan kurang makan supaya tidak mengalami kegemukan ketika masih melakonkan watak peguam tersebut. Namun begitu, ketika ia masih berlaku, Flockhart sentiasa menafikan yang dia mengalami anoreksia.Akhirnya pada tahun 2002, Flockhart membuat pengakuan tersebut dan menjelaskan bahawa dia telah lama berjuang dengan isu imej tubuhnya.
Gerri Halliwel
Dia memiliki antara imej tubuh yang sihat ketika berada dalam Spice Girls, tapi menurut Gerri (atau Ginger Spice), selepas kumpulan tersebut berpecah, tubuhnya menjadi lebih kurus sehingga ke tahap membimbangkan. Gerri mengakui bahawa dia tidak berjaya menyelesaikan kemurungannya akibat perpecahan mereka dan seringkali memuntahkan semula makanannya supaya kekal kurus. Mujur rakannya, Robbie Williams memaksa Gerri mendapatkan rawatan."Robbie faham masalah saya sebab dia juga pernah mengalami masalah untuk meneruskan kerjayanya selepas perpecahan Take That," ujar Gerri.
Sumber Yahoo News Today
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
0 comments:
Post a Comment