Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Monday, August 12, 2013

Penjagaan makanan untuk tingkatkan kualiti air mani anda

Baik suami mahupun isteri menyatakan kebimbangan, lebih-lebih lagi jika tidak mendapat anak walau sudah lama berkahwin. Dalam pelbagai soalan, saya tertarik kepada individu yang bertanya mengenai ubat dan makanan yang boleh menambah kuantiti air mani. ngkatIsi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rangsangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur.

Tahap rangsangan membuatkan anggota reproduktif lelaki menjadi mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowpers dan seminal, kemudian dapat menghasilkan air mani yang banyak.Bagaimanapun, air mani akan berkurangan jika seorang lelaki kerap melakukan persetubuhan atau onani. Ini tidak mengira faktor ghairah atau terangsang seseorang lelaki. 

Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah. Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun, rangsangan terhadap pundi tadi menjadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit. 

Bagaimanapun, banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan makanan tambahan. Lelaki menghasilkan dua hingga enam mililiter (ml) air mani setiap kali klimaks. Jika kerap klimaks, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak ½ ml atau hanya beberapa titik. Bagi lelaki, banyak meminum air dapat membantu meningkatkan kuantiti air mani. Anda perlu minum sekurang-kurangnya empat liter sehari. Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma. 

Tiram dan makanan laut pula mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi banyak zat galian zink dan selenium. Bijirin seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli dan asparagus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik. Buah-buahan tempatan juga mempunyai nutrien baik dan penting untuk penghasilan air mani. Buah nangka dan betik mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. 

Pendek kata, semua buah-buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang. Perkara yang mendapat kajian klinikal adalah herba akar Tongkat Ali. Ia diuji secara saintifik oleh pakar tempatan dan dilihat boleh menambah isi padu air mani. Semua makanan dan suplemen yang saya nyatakan di atas boleh diamalkan jika ingin menambah isi padu air mani yang berkualiti, baik untuk lelaki muda mahupun berumur, sekali gus meningkatkan peluang kehamilan.

Sumber Hmetro

Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism