Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Sunday, September 15, 2013

Lari dari ditahan, langgar 15 kenderaan






Kenderaan dinaiki suspek sarat dengan hasil barangan samun berjaya dipintas polis di terowong Smart.
SERDANG – Dua individu yang dipercayai baru selesai memecah dan mencuri barangan dari  sebuah kereta di Bandar Kinrara 5 nekad melanggar hampir 15 kenderaan selepas dikejar anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang, petang tadi.



Dalam aksi kejar mengejar selama sejam dari Bandar Kinrara hingga ke Kuala Lumpur itu, kedua-dua berusia lingkungan 20-an akhirnya berjaya diberkas selepas kereta dinaiki merempuh pembahagi jalan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, polis menerima panggilan orang awam berhubung kes pecah sebuah kereta jenis Perodua Myvi di kawasan komersil di Bandar Kinrara kira-kira jam 1.50 tengahari.

Bertindak atas maklumat awam, anggota URB dan cawangan polis peronda (MPV) IPD Serdang yang kebetulan meronda di kawasan sekitar bergegas ke lokasi kejadian.

Sebaik tiba, individu berkenaan yang menyedari kehadiran polis terus meluru masuk ke dalam kenderaan.

Kedua-duanya enggan keluar dan terus memecut kenderaan meskipun diarah memberhentikan kereta yang dinaiki.

Chien Fei berkata di lokasi itu sahaja, suspek melanggar tiga buah kenderaan dan terus memandu ke arah Lebuhraya Bukit Jalil.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan daripada MPV Kuala Lumpur.

“Suspek masuk ke Lebuhraya Seremban, melalui terowong Smart dan keluar ke  Jalan Tun Razak.

Anggota URB dan tiga buah kenderaan MPV terus mengejar kenderaan berkenaan dan berjaya dipintas di terowong smart dan berjaya diberkas selepas kereta  jenis Proton Preve yang dinaiki terbabas melanggar tembok pembahagi jalan,” katanya.

Hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau.

Kereta Proton Preve yang digunakan didapati baru dilaporkan hilang di Gombak 21 Ogos lalu.

Polis turut menemui parang, peralatan pecah kenderaan dan beberapa beg mengandungi barangan berharga serta set permainan golf yang dipercayai hasil kegiatan samun penjenayah terbabit sekitar Lembah Klang dan Melaka.

“Setakat ini jumlah kenderaan dilanggar suspek belum dapat dipastikan namun dipercayai ada 15 buah yang terbabit dalam kejadian itu,” katanya. - SH

Tahniah buat pihak polis.

View the original article here

Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism