LANGKAWI - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah 50,000 anggota dalam pasukan Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) bagi memastikan kadar jenayah di negara ini sentiasa terkawal.
Pengarah Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Datuk Ayub Yaakob berkata jumlah itu merupakan tambahan daripada 10,000 anggota PVR sedia ada dalam sesi pengambilan sejak awal tahun lepas.
Beliau berkata pengambilan kali ini lebih memfokus kepada pemohon tempatan yang akan bertindak sebagai mata dan telinga polis di kawasan kediaman masing-masing.
"Pengambilan anggota dari penduduk tempatan adalah lebih efektif kerana mereka lebih memahami selok-belok kawasan setempat dan lebih mengenali penduduk sekitar," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sijil pada penutupan Kursus Penataran Jurulatih Program Remaja Berwawasan siri dua 2013 di Pusat Latihan Polis di sini hari ini.
Program tiga hari, yang bermula 23 Ogos lepas, menghimpunkan 225 peserta terdiri daripada guru, pegawai tentera dan anggota polis.
Ayub juga berkata pihaknya menyasar pemohon daripada golongan profesional kerana mereka dapat menyumbangkan idea dalam memantapkan lagi tugas polis. - Bernama
Jika setiap seorang PVR dibenarkan memiliki senjata api, kadar jenayah dapat dikurangkan.
View the original article here
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.
0 comments:
Post a Comment