Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Tuesday, July 23, 2013

Sekumpulan perompak bodoh sempat membuat susu untuk bayi semasa merompak

JAKARTA: Tangisan bayi di rumah mangsa rompakan di Serpong, Tengerang Selatan sebulan yang lalu, ternyata berupaya melembutkan hati seorang daripada perompak itu, yang bertindak menyediakan susu dan menimang bayi itu sehingga dia tertidur kembali.

gambar sekadar hiasan

Kisah ini diceritakan sendiri oleh suspek perompak itu kepada wartawan tempatan pada satu pertemuan yang diaturkan Polis Metro Jaya ibu pejabat kontinjen Jakarta di sini pada Isnin (22 Julai). 
Suspek berinisial KM itu mengaku berasa kasihan dan hiba mendengar tangisan bayi itu kerana dia sendiri mempunyai anak dan sesuai dengan pengalamannya menguruskan bayi, dia bertindak membuat susu bagi menenangkan bayi yang sedang menangis itu, lapor portal berita Tribunnews.com. 

Dalam kejadian rompakan pada 22 Jun itu kira-kira jam 1 pagi, sekumpulan perompak memasuki sebuah rumah di Serpong dan mengikat tangan dan kaki sepasang suami isteri yang menghuni rumah itu, namun perbuatan mereka itu menyebabkan bayi pasangan berkenaan yang berusia empat bulan terbangun dan terus menangis.

Ketika rakan-rakannya yang lain panik mendengar tangisan bayi itu, KM sebaliknya berusaha menenangkannya.

"Saya cuba membuatnya tenang dan tidur kembali. Tapi, saya tahu pada masa itu bayi itu haus," kata KM. 

Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism