Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Tuesday, July 23, 2013

Laptop sony vaio terbaru 2013 dan harganya amat berbaloi

Berita baik buat penggemar teknologi jenama 'Sony', Sony Malaysia telah mengeluarkan tiga jenis laptop baru termasuklah satu model laptop ala futuristik yang menggunakan teknologi paparan sendiri iaitu Triluminos dan X Reality untuk tatapan skrin yang lebih baik. 

Ketiga-tiga laptop sony VAIO  itu menggunakan pengesan kamera Exmor RS yang selalunya ada dalam telefon pintar Sony sahaja. Selain itu, audio jenis ClearAudio+ dan fungsi OneTouch menggunakan sambungan komunikasi media terhampir (NFC) untuk menghubungkan peranti berbeza turut digunakan. 

Laptop sony VAIO Duo 13 pula hampir sama dengan model sebelumnya dengan ciri yang membolehkan laptop ditukar kepada tablet apabila monitor diturunkan. Baterinya boleh bertahan dengan lebih lama iaitu 11 jam di samping kemudahan pen 'stylus'. Ia datang dengan pemprosesan Intel Core i5-4200U 1.6GHz bersama Turbo Boost 2.6 GHz. 
Sony Laptop/Viao Laptop

Laptop sony VAIO yang mempunyai paparan 13'3 inci ini juga mempunyai kamera resolusi 8 megapiksel dan grafiknya ditetapkan pada Intel HD Graphics 4400. Antara perisian baru yang terdapat dalam laptop hibrid ini ialah CamScanner yang mengimbas pelbagai dokumen menggunakan kamera sebelum mengubahnya menjadi teks. 

Satu lagi model laptop, VAIO Pro diiktiraf sebagai model teringan di dunia iaitu 0.870kg Dan 1.060 kg bagi model 11 dan 13 inci yang menggunakan bahan gentian karbon. Laptop ini akan dijual bermula harga RM3,599 hingga RM4,999 didatangkan dengan sistem operasi Windows 8 Pro dengan pemproses Intel Core i5 dan i7. 

Model Fit E mempunyai saiz berukuran 14 inci sangat sesuai digunakan untuk tujuan berhibur kerana ia mempunyai keupayaan grafik membolehkan tontonan tanpa 'lagging' menarik. Rekaannya juga sangat berlainan dan didatangkan dalam pelbagai warna. 

INFO 

SONY VAIO DUO 13 
Harga: RM4,999 
OS: Windows 8 Single Language 64 bit 
CPU: Intel Core(TM) i5-4200U 1.60 GHz dengan Turbo Boost hingga 2.60 GHz 
Memori: 4GB LPDDR3 SDRAM
Setoran: SSD 128GB 
Grafik: Intel HD Graphics 4400 
Paparan: 13.3 inci 
Kamera: 8MP 
Jangka hayat bateri: 11 jam 

Dimensi: 330 x 9.2 x 210mm Berat: 1.325kg 
Warna: hitam & putih 

SONY VAIO PRO 
Harga: Bermula RM3,599 
OS: Windows 8 Single Language 64 bit 
CPU: Intel(R) Core(TM) i5-4200U 1.60GHz dengan Turbo Boost hingga 2.60 GHz 
Memori: 4GB LPDDR3 SDRAM 
Setoran: SSD 128GB 
Grafik: Intel HD Graphics 4400 
Paparan: 11.6 inci 
Jangka hayat bateri: 7.5 jam 
Dimensi: 285 x 13.2 x 197mm 
Berat: 0.87kg 

SONY VAIO FIT E 
Harga: Bermula RM1,999 
OS: Windows 8 Single Language 64 bit 
CPU: Intel(R) Core(TM) i3-3217U 1.80GHz 
Memori: 2GB DDR3 SDRAM 
Setoran: HDD 500GB 
Grafik: Intel HD Graphics 4000 
Paparan: 14 inci 
Jangka hayat bateri: 4 jam 
Dimensi: 342 x 24.9 x 242.5mm 
Berat: 2.2kg

Sumber:Yahoo News Today

Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism