Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Friday, July 26, 2013

Semakin ramai akan putus jari dan hancur badan pada tahun 2013 akibat bermain mercun ini

Ipoh: Semakin dilarang, semakin berleluasa. Itu senario pembekal mercun di bandar raya ini apabila galak menjual beberapa mercun jenis baru bagi sambutan Aidilfitri kali ini, termasuk satu daripadanya mempunyai bentuk seperti bom tangan.

Dijual pada harga RM3 hingga RM5 setiap satu mengikut saiz, mercun dipercayai diseludup dari Thailand itu mampu menghasilkan bunyi letupan lima kali ganda lebih kuat berbanding mercun biasa.Pembekal mercun hanya mahu dikenali sebagai Helmi, 22, berkata mercun bom tangan itu kini antara produk jenis baru mendapat sambutan paling menggalakkan daripada pelanggan.

Mercun bom
“Ramai pelanggan suka beli mercun ini kerana bunyi letupannya lima kali lebih kuat berbanding mercun katak, ketupat, bola atau botol. Lagipun, orang suka mercun ini sebab reka bentuknya menyerupai bom tangan,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

Apa yang pasti pada tahun ini akan ramai lagi kehilangan jari dan tangan akibat bermain mercun bomb dan ia memang kelihatan sebiji BOM sebenar dan ini mengundang kepada bahaya kepada pemain mercun dan orang sekeliling.

Sumber:Hmetro

Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism