Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Friday, August 2, 2013

Diskaun Tol Hari Raya Aidilfitri Sehingga 37.5 %

Sebanyak 17 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara lima hingga 37.5 peratus sempena sambutan Aidilfitri bermula 7 hingga 9 Ogos 2013 ini.Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof berkata lima lagi lebuh raya akan turut menawarkan rebat tol sebanyak 20 peratus bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang membuat bayaran tol secara elektronik pada 5-6 Ogos dan 14-15 Ogos ini.

“Diharap ia akan dapat beri kemudahan kepada orang ramai,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan kempen keselamatan jalan raya peringkat Kementerian Kerja Raya di Persada Plus.Fadillah bagaimanapun berkata jumlah dan tempoh masa pemberian diskaun dan rebat itu berbeza mengikut syarikat konsesi lebuh raya masing-masing.
Diskaun Tol Hari Raya

Beliau berkata 17 lebuh raya yang terlibat memberi diskaun ialah lebuh raya Guthrie, LKSA, AKLEH, SMART, KESAS, KL-KARAK, LPT 1, DUKE, NPE, NNKSB , MEX, BESRAYA, LEKAS, SDE, SKVE, LDP dan SPRINT.Manakala lima lebuh raya yang menawarkan rebat ialah PLUS, SPDH, ELITE, BKE dan LINKEDUA, katanya.

Pada majlis itu, Fadillah turut melancarkan pasukan Rakan Ronda yang antaranya terdiri daripada skuad rondaan syarikat-syarikat konsesi lebuh raya, polis, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Jabatan Pengangkutan Jalan, Bomba, ’Workshop on Wheel’ Plus dan sukarelawan.

Fadillah berkata skuad rondaan itu selain membuat rondaan di lebuh raya, mereka juga akan ditempatkan di tempat-tempat tertentu bagi membantu 5.4 juta jangkaan pengguna lebuh raya sepanjang tempoh ‘balik kampung’ dan peraturan lebuh raya dipatuhi dan keselamatan pengguna dijamin.

Beliau berkata pihak kementerian juga mengajak orang ramai untuk menjadi sebahagian sukarelawan pasukan Rakan Ronda dengan mendaftar di laman web Lembaga Lebuh Raya Malaysia.

“Matlamat utama mewujudkan Rakan Ronda ini adalah untuk memupuk sikap bertanggungjawab terhadap keselamatan diri dan pengguna lain di samping menyampaikan maklumat-maklumat trafik, kemalangan dan kerosakan kenderaan yang seterusnya akan membantu tindakan lebih pantas syarikat konsesi,” katanya

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism