Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Friday, August 2, 2013

Tips mudah untuk hilangkan bau kaki

Kaki berbau sering di alami oleh orang yang menggunakan kasut bertutup setiap hari. Bau kaki yang busuk akan membuatkan orang di sekeliling kita berasa tidak selesa. Menghapuskan bau kaki yang tidak menyenangkan adalah perkara utama bagi mereka yang menghadapi masalah ini. Untuk pengetahuan anda, kaki berbau berpunca daripada bakteria pada kaki yang memakan peluh di kaki. Jika anda mengalami masalah ini, terdapat beberapa cara untuk anda menghapuskannya. 

Tips hilangkan bau kaki

1) Rendam kaki anda di dalam baldi berisi sabun dan air suam dan gosok kaki anda selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk. Air suam berupaya membuka liang roma di kaki dan mengeluarkan kotoran. Air sejuk pula berperanan untuk menutup kembali riang roma yang terbuka. 
2) Gunakan sarung kaki dengan bahan yang selesa serta mempunyai sistem peredaran udara yang baik supaya kaki tidak lembab. Oleh itu, stoking jenis nilon tidak sesuai untuk di pakai dengan kerap. 
3) Mempelbagaikan jenis kasut mengikut suasana. Jika anda ingin keluar bersantai pada hujung minggu, gunakan kasut/selipar yang terbuka. Sekurang – kurangnya, kaki anda dapat 'bernafas' seketika. 
4) Pastikan kaki tapak kaki dan jari kaki anda tidak di jangkiti kulat. Jika anda mendapati terdapat kulit kering dan tompok merah, gunakan produk kaki yang sesuai atau berjumpa dengan doktor. 
5) Kami mengesyorkan supaya anda menggunakan kasut yang berbeza selang dua hari. Kasut memerlukan 24 jam untuk kering sepenuhnya. 

Jika kasut anda berbau : 

1) Balut kasut anda dengan suratkhabar dan simpan di tempat yang sejuk dan berangin. Kertas suratkhabar dapat menyerap bau hapak pada kasut. 
2) Ambil beberapa biji kopi dan balutkan pada tisu, letakkan balutan kopi itu ke dalam kasut dan biarkan semalaman. 
3) Jika kasut anda masih berbau walaupun selepas di cuci, keringkan terlebih dahulu kasut tersebut. Kemudian, ambil soda bikarbonat dan taburkan pada kasut dan biarkan semalaman. Jumlah soda bikarbonat bergantung pada saiz kasut anda. Keesokan harinya, buang soda bikarbonat tersebut menggunakan vakum. 
4) Untuk mengelakkan kasut tidak mudah berbau, jangan pakai kasut ketika kaki anda basah. Kerana ia membolehkan bakteria membiak dan merebak. Untuk kesan maksimum, gunakan produk yang boleh menghilangkan bau kasut dengan cepat. 
5) Jika kasut anda basah akibat hujan, segera masukkan surat khabar lama ke dalam kasut dan simpan kasut dalam kain, kotak kasut atau beg plastik. 

Cara di atas amat mudah dipraktikkan. Jika anda telah mencuba ke semua di atas tetapi masih mengalami masalah yang sama, cuba berjumpa dengan pakar kulit dan dapatkan nasihat daripada mereka. 

Selamat Mencuba!

Incoming terms:
  • tips menghilangkan bau kaki pada sepatu
  • cara menghilangkan bau kaki secara alami
  • cara menghilangkan bau kaki dengan cepat
  • tips menghilangkan bau mulut
  • tips menghilangkan bau badan
  • cara menghilangkan bau kaki
  • mencegah bau kaki
  • cara menghilangkan bau mulut
Sumber:Yahoo News

Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism