Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Sunday, September 15, 2013

Penyamun bersenjata parang dicekup






Kereta yang digunakan suspek untuk melarikan diri selepas melakukan jenayah samun.
TELUK INTAN - Tindakan seorang lelaki menyamun seorang wanita yang sedang mengeluarkan duit di ATM di sebuah bank di Hutan Melintang berakhir apabila dicekup oleh anggota polis dalam hari sama.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang kelmarin, apabila seorang wanita berusia 41 tahun sedang mengeluarkan wang simpanannya di sini.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai kerani seorang diri di ruang ATM bank tersebut telah didatangi suspek yang menggunakan parang dari arah belakang wanita tersebut.

"Suspek turut mengarahkan mangsa untuk mengeluarkan wang di dalam akaunnya  sejumlah RM200 dan mengambil dua buah telefon bimbit berjenama," katanya.

Beliau berkata, sejurus suspek mengambil wang dan barang berharga mangsa, lelaki itu melarikan diri dengan sebuah kereta jenis Toyota Camry berwarna putih.

“Mangsa telah membuat laporan polis sebelum pihak kami mengadakan gerakan mencari suspek di lokasi kejadian.

“Kira-kira jam 3.40 petang semalam (kelmarin) anggota saya menerima satu maklumat mengatakan kenderaan suspek berada di sebuah bengkel membaiki penghawa dingin di Hutan Melintang sebelum bergegas ke lokasi dimaksudkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, di sini, semalam.

Kok Liang berkata, setiba di tempat kejadian, anggotanya berjaya menahan suspek dan menjumpai kenderaan yang digunakan oleh lelaki tersebut untuk melarikan diri selepas melakukan jenayah samun.

"Anggota kami melakukan pemeriksaan terhadap kereta yang digunakan suspek dan mendapati, nombor pendaftaran kenderaan tersebut telah ditanggalkan," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan awal, kereta yang digunakan suspek itu telah didaftarkan di Sepang, Selangor oleh bekas isteri lelaki tersebut.

"Pemeriksaan lanjut terhadap kenderaan yang digunakan suspek turut menjumpai beberapa bilah parang, nombor pendaftaran palsu, barangan milik mangsa samun di dalam bonet kereta itu," katanya.

Beliau berkata, suspek itu yang bekerja sebagai penjaga kedai siber café di Sepang, Selangor, tidak ada rekod jenayah lampau malahan hasil ujian awal air kencing lelaki itu, negatif. - SH

Biar miskin harta tetapi kaya budi.

View the original article here

Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

1 comments:

  1. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi wwwasianbet77com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : asianbet77@yahoo.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    http://asianbet77.com/

    ReplyDelete

Popular Minggu Ini

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism