Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Tuesday, August 6, 2013

Kisah pemandu BMW yang kedekut dengan penjual lemang

Kisah Lemang: A confession.Ada banyak peristiwa yang nak aku catatkan sepanjang perjalanan aku sebagai pengusaha Lemang. Akan aku cuba lakarkan peristiwa ini sedikit demi sedikit. In sya allah...Peristiwa petang semalam. Semasa sedang sebok membakar lemang, sebuah BMW 5 Series menjalar perlahan dan terus parking dihadapan gerai. Seperti biasa aku berhenti seketika dan menikmati bentuk aero dynamic kereta berprestasi tinggi ini. 

Keluar dari perut kereta tersebut seorang lelaki anggaran umur 40++ dan wanita genit anggaran umur 30++. Pada kiraan aku mereka ini bukan suami isteri. Cara berpegangan tangan, sicomel yang gedik habis, liok lentok, seakan mengkonfirmkan telahaan aku.Melayu speaking omputih wehhh... Aku pon apa lagi, pasang tinger le. Yang gedik tu tanya lemang berapa ringgit sebatang. Aku jawab RM12. Sijantan tu kata 'expensive'. Aku kata pulot dah mahal, santan dah mahal, buloh lemang dah kurang, daun pisang dah jual kilo, kayu api dah naik harga. Dia mintak harga RM10. Aku cakap takde untong kalau RM10. 


Sijantan ni pusing dan bagi belakang dia kat aku sambil berbincang dengan gundik dia dalam bahasa omputih. Ada ke dia kata aku ni cekik darah, hahahaha... aku ketawa semahunya tanpa sorok sorok, Dia terkejut dan pusing mengadap aku. Dia tanya kenapa aku ketawa..Aku kata 'u drive BMW, bawak girlfriend cantik yang teringin nak makan lemang harga RM12, and u kata mahal? I bet monthly installment keter u ni tak kurang RM2000 sebulan, therefore bajet untok lemang dah takde. BMW = Burn My Wallet atau Banyak Makan Wang. Elok u beli kueh je kat pasar ramadhan. Murah je, 3 ketul RM1.

Aku percaya mamat tu hangin dengan aku. ADA AKU KISAH!!

Sumber:facebook

Share it Please

Unknown

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism