Announcement:

This is a Testing Annocement. I don't have Much to Say. This is a Place for a Short Product Annocement

Tuesday, August 6, 2013

Semata-mata untuk raya sanggup samun bersenjata

Kuala Lumpur: Lima pelajar kolej swasta yang bersenjatakan tukul dan pisau mencari ‘duit raya’ dengan menyamun kira-kira lapan kedai serbaneka 24 jam sejak awal Ramadan lalu di sekitar Brickfields dan Selangor.Semua suspek berusia antara 17 hingga 23 tahun itu menuntut di dua kolej swasta masing-masing di Shah Alam dan Subang.Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields Superintendan Aida Abdul Hamid berkata, hasil intipan selama tiga hari di sebuah rumah di Bandar Kinrara, Puchong, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 23 tahun pada 2 Ogos lalu kira-kira jam 5.50 pagi yang dipercayai menyamun sebuah kedai serbaneka di Sri Hartamas pada 30 Julai lalu.

Menurutnya, susulan penahanan suspek pertama, empat lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Bandar Kinrara dan Shah Alam pada hari sama. “Hasil penahanan semua suspek, polis merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk tujuan jenayah termasuk sebuah Perodua Kancil, empat penutup mulut, dua pisau dan satu tukul besi,” katanya pada sidang media, semalam.Beliau berkata, kumpulan berkenaan aktif menyamun sejak awal Ramadan lalu dan dengan penahanan mereka, polis dapat menyelesaikan enam kes samun di Brickfields dan beberapa kes di Selangor.

“Semua suspek direman lima hari sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan,” katanya



Incoming terms
  • samun 2010
  • samun kedai emas
  • samun wind
  • samun 2013
  • samun kedai game
  • samun di mid valley
  • samun motor
  • samun kereta
Sumber:Hmetro

Share it Please

Mohd Khairulddin

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipisicing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation.

0 comments:

Post a Comment

Popular Minggu Ini

Copyright @ 2013 Blog Info. Designed by Templateism